.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, June 6, 2010

Pacat VS Katak

2, 3 hari nie hujan dah menampakkan diri…dari malam semalam sampai pagi tadi hujan…petang ok sikit…tak hujan, cuma mendung ja…bila musim hujan macam nie segala jenis binatang muncul, binatang yang boleh membuatkan tahap kegelian aku meningkat naik mengalahkan speed broadband aku yang boleh tahan lembabnya…yg paling famous sekali tentulah pak cik PACAT….aduh seram aku tengok pacat nie….meliuk lintuk mengalahkan lalang ditiup angin…bila mengingatkan tentang pacat nie, mesti aku terlompat2 kalau nak keluar rumah…maklumlah depan rumah aku dipenuhi dengan kehijauan rumput yang tumbuh dengan subur sekali tanpa memerlukan sebarang baja tambahan….hari nie saja dah 2 ekor pacat kekenyangan, mangsanya ialah en abg aku and tok aku, tok aku nie memang aktiviti dia melawat kawasan rumah coz hobi dia bercucuk tanam…so potensi dia berjumpa dengan pacat nie adalah pada tahap yg paling tinggi…tapi ok la dia dah immune..tapi kalau aku…mau menjerit satu rumah….

Malam hari aku ditemani oleh suara abg katak yang sedang berusaha dengan giat memperbaiki
mutu nyanyian, mungkin nak try jadi protégé untuk Mentor musim akan datang…macam satu kemestian, kalau hujan berhenti mesti katak pula yang akan ambil tempat memeriahkan suasana malam yang hening…macam satu pelengkap…bagi aku, aku boleh ja layan suara katak nie…cam best plak dengar..tapi tok aku tak boleh tidur kalau dengar bunyi katak nie, dia kata bising……lain orang lain penerimaan kan…aku pun tak suka bunyi bising tapi anggaplah bunyi katak nie sebahagian dari alam semulajadi…mesti tidur lena punya, diulit oleh band katak nie…hehehe…yes..katak dah bunyi..tiba2 rasa mengantuk pulak………….zzzz….



p/s : Irfan dah lama diulit mimpi..tak hiraukan pun bunyi katak nie...walaupun sebenarnya dia sensitif dengan bunyi...mungkin dia tau bunyi katak tu sebahagian dari alam semulajadi...heee...

4 comments:

hanaKir@ said...

da lame xdgr bunyi katak

~suNshiNe~ said...

hanakira : dtg la sini..bkn takat dengar je..nak pegang katak pun blh..

azzey said...

Sunshine: Geli gak ngan pacat dan spesies2 yang seumpama & sewaktu dgnnya... he3...

~suNshiNe~ said...

azzey : memang geli..euwww..