.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, April 30, 2010

Berpisah dengan Irfan????


Waaa...macam tak percaya ja....
tapi aku kena percaya jugak, semua ni untuk kebaikan kami semua before our family boleh stay together-gether...ibu dan Irfan kena berkorban...mesti Irfan sedih ayah dan ibu tinggalkan Irfan dengan tok kat kampung...Irfan selamat tinggal ngan tok, kalau tinggal kat nursery lagi tak seronok kan Irfan kan....

Dari Irfan boleh balik rumah aritu setelah admitted kat NICU sampai hari nie, Irfan tak pernah berpisah dengan ibu, kecuali time ibu p kerja ja....
Tapi tak pe...lepas ibu dapat kerja nanti, ibu bawa Irfan tinggal dengan ibu dan ayah kat Taiping ye.....saaayanggggg Irfan
....

Wednesday, April 28, 2010

Nak Pindah!!!

Harapnya kali nie jadi kenyataan...rumah sewa dah dapat cari, tunggu nak bayar downpayment tuk 2 bln...sekarang tengah usaha cari kerja pulak...kat mana la ada kerja 0 nie....huhu...tolong! tolong!...permudahkanlah urusan aku Ya Allah....



Kalau tinggal sendiri nie nampaknya kena hidup berdikari +++ berjimat cermat....

Tapi yang paling aku risau Irfan la...nak letak dia kat mana...sekarang kan macam-macam cerita pelik kedengaran....waaa.....peningnya....

Tuesday, April 27, 2010

Sedih di Hati aku

Hari nie aku rasa sedih sangat....tapi malas nak cerita kat sini...sedih sorang-sorang dah la...
Kat sini aku nak kongsi tip untuk kasi hati gembira:
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-raka

2. Buang Sikap Risau.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Ada banyak lagi nak dikongsi tapi tak da mood nak paste kat sini...memang sedih sangat la nie...




credit to budiey

Thursday, April 22, 2010

Waaaa.....Gila La Korang Nie..

i found something porn in our share folder.....hoho...cannot believe it....have blue people in this company....
yang tak tahan tu letak kat tempat yang senang dijumpai oleh manusia-manusia yang suka explore system cam aku nie...memalukan betul...

p/s : disebabkan aku menghebahkan kepada semua orang kat office nie, tak pasal-pasal aku dituduh melihat video tersebut dahulu sebelum menghebahkannya...apa la korang nie...bedebuk..dish3x....tak baik menuduh tau...i kan budak baik...heee..

Tuesday, April 20, 2010

Try susu baru ++ Isomil

Terpaksa tukar susu jugak...sebelum ni Irfan minum Dumex Dupro...

mula tukar Dutch Lady..tapi cirit jugak..search internet tengok..

dapat info..kalau cirit tak boleh minum laktosa punya susu..kena minum soy milk..


so g kedai tengok..dapat la susu free lacktose..Isomil Advanced..tin kecik RM28.++...

ok la...minum petang kemarin sampai pagi ni tak poo-poo lagi la..


tengok keadaan dia 2,3 hari lagi..kalau tak ok jugak kena bawak g jumpa doc jugak la...huhu...

Friday, April 16, 2010

Berak Berdarah

Hari nie baru start keja setelah 3hari bercuti disebabkan Irfan dimasukkan ke ward...
Eh..macamana boleh sampai masuk ward...

Ceritanya disebabkan oleh cirit birit yang berpanjangan..start dari petang ahad lagi dia dah cirit..
pagi isnin aku p kerja macam biasa, balik petang tu tok nek dia dah bising-bising Irfan asyik cirit tak berhenti, dari pagi sampai petang agak 8kali jugak la tukar pampers..petang Isnin tu ayah Irfan balik n then bawa Irfan p klinik...balik dari klinik dalam pukul 11 malam...tukar pampers tengok-tengok ada darah dalam najis Irfan...kelam kabut la masa tu + takut coz tak pernah jadi macam nie..so bergegas bawa Irfan p hospital n kena admit kat ward 2 hari 2 malam..petang Rabu tu dah boleh balik...darah still ada tapi makin berkurang la..doc cuma bagi air garam ja..

Kesian Irfan...lemah ja keadaan dia...

Friday, April 2, 2010

Perpisahan Itu..

aku tak suka pada perpisahan..
tapi terpaksa jugak hadapi perpisahan tu....

tabahkan hati aku dengan mengingati pepatah bermakna macam kat bawah nie..

"jangan ditangisi sebuah perpisahan, tapi tangisilah sebuah pertemuan,
kerana tanpa sebuah pertemuan, maka tiadalah sebuah perpisahan..."