.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 31, 2010

New Pic - Irfan

Irfan tak takut pun naik kuda...

Berdiri pun tak takut dah...excited punya pasal..

gelak je..


geget jari ye..


Monday, March 29, 2010

Jangan Jadi Mangsa Penculik

9 LANGKAH YANG ANDA MESTI INGAT

1. Tip daripada Tae Kwon Do.
Siku adalah bahagian paling kuat dalam tubuh anda. Jika anda cukup dekat untuk menggunakannya, lakukan! Siku bahagian perut atau muka penculik.

2. Jika perompak meminta dompet anda. JANGAN HULUR KEPADANYA.
Lempar dompet anda jauh dari anda. Kemungkinan dia lebih tertarik kepada dompet dari anda dan dia akan pergi untuk mengambil dompet.
LARI LINTANG PUKANG ZIG-ZAG KE ARAH LAIN! JANGAN LARI LURUS MACAM PERTANDINGAN 100M MUNGKIN PENCULIK ITU LEBIH KUAT DARI ANDA.

3. Jika anda dilemparkan ke dalam bonet kereta. Tendang bahagian belakang lampu kereta. Kalau sempit gunakan lengan dan siku untuk memecah anda keluar dari lubang dan mula melambai-lambai seperti orang kepada lalu lalang. Bahagian lampu belakang kereta adalah bahagian yang paling lemah. Pemandu (Penculik) tidak akan melihat anda, tapi orang lain akan melihat anda. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda.

4. Selepas membeli belah, makan atau habis kerja, kaum wanita khususnya mempunyai tabiat untuk masuk ke dalam kereta dan mengira perbelanjaan yang telah digunakan atau menulis sesuatu senarai atau menyimpan resit pembelian. Lakukan di rumah anda.

JANGAN LAKUKAN PERBUATAN INI!
Penculik akan memerhati anda, dan ini adalah kesempatan yang sempurna baginya untuk memboleh ia masuk ke seat penumpang, meletakkan pistol ke kepala atau pisau di tenguk anda, dan memberi tahu anda ke mana harus pergi.

SEJURUS ANDA MASUK KE DALAM KERETA ANDA. KUNCI PINTU ANDA YANG ADA AUTOMATIC LOCK, JIKA TIDAK KUNCI SATU PERSATU MULAI PINTU ANDA DAN SEAT SISI ANDA DAN TERUS PANDU DARI TEMPAT LETAK KERETA.

Jika seseorang berada dalam kereta mengacu pistol ke kepala anda. JANGAN TERUS PANDU KERETA ANDA. JANGAN PANDU KERETA ANDA DAHULU. PAKAI “Seat Belt”.
Sebaliknya hidupkan enjin dan TERUS pecut dan langgar sesuatu halangan menyebabkan kereta anda rosak dari nyawa anda terancam. "Air Bag" anda akan menyelamatkan anda. begitu jugak “Seat Belt” yang anda pakai akan menyelamatkan anda.

Jika penculik itu di kerusi belakang mereka akan mendapat kecederaan teruk dibahagian muka dan kepala. Dan selepas kemalangan penculik akan segera keluar dan lari.
Lebih baik dari penculik memiliki anda atau anda bersama penculik di lokasi terpencil.

5. Apabila anda masuk ke dalam kereta anda di tempat parking.

a. Hati-hati dan lihat di sekeliling anda, lihat ke dalam kereta anda dahulu, di seat penumpang, lantai, dan di kerusi belakang.

b. Jika pintu masuk ke dalam kereta anda di sebelahan sebuah van besar, masuk ke dalam kereta anda daripada pintu penumpang. Beberapa pembunuh dan penculik selalu menyerang mangsa mereka dengan menarik anda ke dalam van semasa anda cuba masuk kedalam kereta.

c. Lihatlah kenderaan yang diparking disebelah kereta anda. Jika pemandu kenderaan di sisi kereta anda dan ada penumpang dan membuat anda was-was. Elak dari masuk kedalam kereta atau mendapatkan bantuan seseorang atau polis untuk berjalan kembali ke kereta anda.
Lebih baik selamat dan tidak menyesal nanti kena culik.

6. Gunakan lif untuk naik dan elak daripada menggunakan tangga. (Terutama yang tinggal di Kondo/Rumah pangsa) Tangga adalah tempat yang selalu berlakunya jenayah yang sempurna. Hal ini terutama pada waktu malam.

7. Jika penculik memiliki senjata dan anda tidak berada di bawah kekuasaannya, TERUS LARI ZIG-ZAG! Nyawa anda mungkin selamat.

8. Sebagai perempuan kita mempunyai sifat kasihan, kita selalu berusaha untuk menolong dan simpati. Hentikan Ini mungkin membuat anda diperkosa, atau dibunuh. Kadang-kadang penculik berwajah sedih dan tampan dan nampak baik, yang selalu menggunakan muka kesiannya dari wanita yang tidak curiga. Dia berjalan dengan bertongkat dan sering minta 'bantuan' untuk menumpang kenderaan. Jangan terlalu kasihan boleh menyebab anda di culik.

9. JANGAN BUKA PINTU RUMAH ANDA. Kalau orang yang tidak dikenali datang dan memberitahu sesuatu kes kemalangan atau kecemasan. Telefon kawan yang terdekat atau saudara mara untuk pengesahan. Jangan ikut orang yang tidak dikenali menaiki kereta mereka. Anda akan terus diculik dan dirogol.
Jika anda sayang isteri, saudara anda, anak perempuan ingat 9 langkah ini. Selalu berdoa kepadaNya dijauhkan musibah ini berlaku kepada ahli keluarga kita. Semuga dipelihara dan dilindunginya selalu dari perkara-perkara yang jahat dari syaitan yang bertopengkan manusia. Elok dihapuskan semua mereka ini dari hidup menyusahkan masyarakat.

Friday, March 26, 2010

MD Kami Semua...

Bukan Mc Donald tau..hahaha..
tapi Managing Director company kami nie...

bukan nak complain tapi nak cerita sikit..
sekarang nie dia tak ada kat Malaysia..of coz la kat company kami pun dia tak ada..
sekarang dia kat China..outstation...macam-macam hal terjadi kalau dia tak ada...

ceritanya...
kalau dia ada...
wah mcm-mcm hal yg diaorang tak puas hati kat dia..aku nie tak la sangat..macam-macam part dia suruh pull in..buyer memang tak boleh duduk diam la..meeting selalu..

tapi bila dia tak ada memang rasa kekurangan..nak buat decision penting pun tak boleh..

nak sign PO pun tak boleh, walaupun dia dah tinggalkan pesanan ambik approval dari Fin Man..
tapi aku tak p pun..malas dia tu banyak tanya...surat cuti aku pun tak sign lagi..nak tunggu dia balik next week baru sign..walaupun dah seminggu berlalu..lantak la..

boss...balik la cepat...
hehe..edisi sedih rindu kat bos kononnya...


i want to be like above person..lots of energy...

Thursday, March 25, 2010

Ikan Bakar


Aritu wat ikan bakar n tomyam..sedap makan ramai-ramai nie...
Lain kali ada ikan besar kita bakar lagi ye bang...

Alon dan ikan tilapia merah yang dibakarnya..

Wednesday, March 24, 2010

aku muntah hari nie...macam yang first dulu-dulu...

alamak...

biar betulllll.....bocor ke....

huishhh....tenang-tenang...

Tuesday, March 23, 2010

Hobi baru aku - SKIPPING

Lompat, lompat, lompat lagi..yeay..

Azam aku dengan lakukan skipping nie dapat la aku kecilkan betis dan pahaku..hehe..dan akhirnya dapatlah aku pakai 2 helai seluar yang baru aku beli tapi tak masuk kat kaki aku...
aduh kenapa jadi macam nie..dulu ok ja..pas kawin terus tak masuk..ok...usaha lebih sikit untuk berjaya..

Info
Skipping, olahraga yang menggunakan tali ini ternyata mempunyai kelebihan. Jika kita melakukan skipping selama 10 minit maka akan setara dengan berlari selama 45 minit. Dan jika kita melakukan skipping selama 1 jam dapat membakar lemak sebanyak 1300 kalori.




Tuesday, March 16, 2010

Scenery of Kuala Kedah







Siapa pernah pergi Kuala Kedah?? Angkat tangan..hehehe..

p/s: credit to the owner of the pic..

Jawatan Kosong

Aduh...pagi-pagi lagi dah pening cari kerja kosong area Kamunting, Taiping or Kulim..
SP pun boleh lah..

Sesapa yang ada kerja kosong or tau kerja kosong kat mana-mana..tolong gitau ye..
dah banyak rasanya resume yang aku hantar tapi tak dapat balasan lagi..kedai bunga la..kedai buat air la..HR Clerk, Production Clerk...semua kerja aku apply...
bila la nak dpt call for interview...

Wednesday, March 10, 2010

BBQ yg BEST

semuanya tak dirancang...

tengahari tu p cari superstore kat jalan putra ingat nak beli kat tok cerek yg berbunyi tu..sekali tu ternampak alat tuk memanggang tu..(org pggl apa eh alat tu)...

sekali tu asben aku beria-ria ajak wat bbq malam tu..

so petang tu giat la kitaorang ni cari bahan-bahan nak wat bbq tu...tapi cem lambat ja pergerakan kitaorg..dengan lampu tak nyala..kul 8.30 dok pebaik lampu lg..huhu..
ayam pun baru beli..kelam kabut la aku memproses makanan..nasib baik Irfan ok ja..tak ngamuk sangat..

Antara menunya..

1. Ayam
2. Ikan temenu
3. Jagung
4. Sosej
5. Terung



kali nie mmg best..walaupun masa singkat tapi..makanan semuanya enak sekali..ingat nanti kalau nak buat lagi, aku nak bakar kerang pulak..teringin nak makan kerang bakar..

tetamu pun ramai yg hadir..cewah...padahal adik beradik aku je pun yg ada..hehe..

Thursday, March 4, 2010

bOsan

sejak 2, 3 mggu nie aku berasa tahap bosan aku dah pada high level dah..walaupun keja berlambak-lambak kat office nie..tapi aku masih rasa bosan yg amat sangat..kadang2 bila aku dah tak tau nak buat apa, aku buka internet..try search mana tau ada jawatan kosong kat mana2..aku rasa aku patut tukar persekitaran la..huhu..tapi kalau nak cari keja pun demand sgt, mana la nak dapat..aku try hantar resume kat beberapa company, tapi usahkan dipanggil interview, respon pun xada.....sabar ja la...


keletihan pun terasa sangat... menyelinap ke dalam tubuh aku nie..mungkin rehat yg tak cukup - tido pun tak cukup...i think, i should take supplement + untuk memberi tenaga + pada tubuh aku nie...kesihatan yg tak berapa baik boleh mengganggu perjalanan hidup aku nie...nak berjalan pun rasa tak larat..rasa cam ada seketul batu atas bahu aku ni..huhu..apa la nak jadi dengan aku nie..




V

V
.
.
.
.
V


Tapi bila fikirkan impian2 aku selama nie..aku mesti kuatkan semangat...dengan harapan impian2 tersebut menjadi kenyataan..

Wednesday, March 3, 2010

MY wish..Digital Camera..


Hope..weekend ni dapat gaji, aku nak beli digi cam..dah lama aku idam2kan..

Kegunaannya ialah nak merakamkan saat2 manis dalam hidup aku untuk disimpan sebagai kenangan..mulanya asben aku tak setuju..tapi bila aku cakap nak ambik pic Irfan, dia pulak excited nak beli digi cam nie..tapi nak beli yg macamana eh??


mesti mahal nie..berangan boleh la..




sony cyber-shot..cun seh..

Samsung..bukan samseng eh..haha..



camni pun ada gak ke??hehe..


banyak pilihan sebenarnya..ikut kemampuan la ye...