.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 16, 2010

Kerja vs Blogwalking






Hari nie pening....
Banyak PO nak kena release...
Open PO pun berderet nak kena check...
PO Past Due berlambak nak kena follow up....
PO bertimbun-timbun nak kena filling...
So, maknanya kerja aku memang banyak la hari nie...















































Tapi...
tetap curi-curi masa untuk blog yang terchenta...ngeh3.....




mission utama hari nie harus dilaksanakan







p/s : sunyi je blog aku minggu ni......aku rasa aku dah jelajah seluruh alam maya nie...tapi tetap orang tak sudi nak datang rumah kesayangan aku neh..tak pa, as a new blogger, kita tak boleh cepat berputus asa...kan2???




Thursday, July 15, 2010

Untuk si Suami...




Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.
Aku baca nie kat Metro hari nie...


· Perjumpaan yang manis
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

· Ucapkan perkataan yang baik
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik.
Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

· Bersahabat dan santai
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.

· Permainan dan selingan
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.

· Membantunya dalam tugas rumah tangga
Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

· Musyawarah
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pendapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

· Perkara yang harus dilakukan apabila merancang perjalanan jauh
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu mendoakan anda ketika tidak bersamanya.

· Bijak merancang kewangan keluarga
Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

· Bantulah dia supaya taat kepada Allah
Salah satu tanggungjawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.

· Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya
Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.


Aku sangat-sangat suka kalau en Khairuldin layan aku macam yang kat atas tu….rasa bahagia ja…tapi biasa la lelaki, ada part yang dia boleh buat, ada yang payah nak buat…susah nak cari yang sempurna, termasuk la aku, tak berapa nak sempurna lagik..masih memperbaiki diri kearah yang lebih baik..he3..mengaku tu…

apa-apa pun, yang nie paling best...





p/s : ngah fikir nak beli apa untuk birtdhday Irfan nanti, first time nak buat birthday party nie...korang percaya tak??



Aku dah luahkan isi hati aku...




Semalam….
Aku dah luahkan isi hati aku…
Rasa puas….

Tapi…
Sampai sekarang masih tak tiada balasan…
Mungkin dia masih berfikir…
Aku masih menunggu hingga ke pagi, saat ini….

Last sekali, aku mengalah….
Try call dia….
Dia cakap biasa ja…
Macam tak ada apa-apa yang berlaku…

Nampaknya….
Kata-kata aku langsung tak memberi kesan pada dia….
Ala…macam la tak faham dia….
Hati dia memang keras, takkan mudah cair….

Walaupun kali ni aku tak berjaya, aku tetap lega….
Rasa semua beban aku hilang…
Aku hanya mau dia tahu….
Orang lain tak tahu, aku tak kisah….

Akhirnya..cukup dah setahun...

Saat mengandungkan Irfan, saat yang paling bahagia...kenangan yang paling manis dalam hidup kami..






Saat yang dinantikan, kelahiran Irfan membawa sinar buat kami, menjadi ayah dan ibu buat Irfan sangat membahgiakan...Irfan tak banyak kerenah, senang nak jaga Irfan...tiap-tiap malam tido lena ja...tak payah bersengkang mata kecuali time dia demam...






Sekarang Irfan dah besar, dah umur 1 tahun pun, semoga Irfan jadi anak yang soleh, menjadi kebanggaan ibu dan ayah....dan sentiasa menyerikan hidup ibu dan ayah...jangan nakal-nakal tau...ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Irfan sayang..














p/s : maaf, ibu tak pandai langsung edit gambar Irfan...sebijik-sebijik ibu copy dari handset ibu...

Wednesday, July 14, 2010

Maaf Mak.....


Ingatkan bila aku call bagitau Irfan demam campak…relationship between us will be more fine, walaupun time aku call tu ayah yang angkat, terasa sebak juga aku, mula lah otak jahat aku berfikiran yang bukan-bukan dan anggapan aku, oh mungkin dia tak nak dengar suara dari mulut aku yang jahat nie, merosakkan gegendang telinga dia je….dan alasan ayah kuterima dengan tabah..mak tengah sembahyang, aku tengok jam 5.38pm ok..memang aku tau, time mak sembahyang bukan time tu….selalunya mak sembahyang pukul 6.++pm, tapi mungkin sebab mak tak da nak layan sapa-sapa kat rumah coz anak-anak semua kerja jauh, cucu-cucu pun dok jauh, mak sembahyang awal dari biasa…otak baik aku sedang memujuk hati aku agar bertenang…..tapi betul juga, takkan ayah nak tipu……..

Tapi sampai sekarang aku masih terasa, kenapa mak tak call aku tanya keadaan Irfan, selalunya kalau Irfan tak sihat, mesti mak ada call jugak tanya keadaan Irfan….sampai sekarang habuk pun tak ada..ok, hati baik aku masih memujuk..mungkin handset mak tak ada kredit………………….

Oh…..hati aku masih bersedih, kenapa lah aku yang dipilih untuk menerima ujian ini……….
Sabarlah wahai hati, jangan bersedih…kadang-kadang kita kena terima, kesalahan yang kita buat, kitalah yang kena tanggung akibatnya…….walaupun hati kita yang disakiti….

Dan satu yang aku tak mampu ungkapkan “Zura tetap sayang mak walau apa pun yang terjadi walaupun mak hanyalah mak mentua zura”….


p/s : saat aku tulis entry nie, entah mengapa air mata aku menitis walaupun fikiran aku tengah kosong……

Tuesday, July 13, 2010

Cute Blogger Award dari Azzeyatin


Award ni khas dianugerahkan buat blog nie oleh Azzeyatin....
Award nie bewarna pink tau...sapa suka pink angkat tangan...
Thanks ya sudi bagi award nie kat blog yang tak seberapa panas macam goreng pisang nie....

Ada soalan nak kena jawab :


1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
.:colours of my life:. - oh, saya suka warna warni so letak la nama nie..(blog saya tak la warna warni sangat)

2. Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda?
Saja suka-suka (boleh ke jawab macam nie..he3..) menunjukkan kehidupan yang penuh suka dan duka..kadang-kadang warna cerah, kadang-kadang gelap dan mendung ja...

3. Bila blog anda mula beroperasi?
Baru lagi...belum sampai setahun umur blog nie..so nak tunggu invitation 1st birthday party, tahun depan la ye...

4. Siapa follower pertama anda?
Nur Atikah

5. Ucapan kepada si pemberi award
Terima kasih kerana sudi menjadi penyeri blog neh....(azzeyatin pegomen tegar kat blog aku tau)

6. Tag 9 orang yang anda rasa patut terima award ni
Rasanya semua orang dah dapat, aku ja yang ketinggalan, nanti kalau aku jumpa blog yg tak dapat lagi award ni, aku update ye...



p/s : hari nie macam banyak pulak entry aku..


Umur dah dekat Setahun tapi tak nak jalan lagi..



Kalau jumpa orang, mesti orang tanya, dah boleh apa dah?...kalau lama tak jumpa tanya soalan macam tu..oke lagi, masih boleh diterima..tapi kalau tiap-tiap hari jumpa dok tanya soalan yang sama lagi, tension + bengang jugak...awat ingat senang ka? hari nie boleh merangkak, esok boleh gayut, lusa dah boleh jalan...hebat la kalau macam tu...budak-budak nie kena bagi masa jugak kat diaorang, orang kata pe??? semulajadi kan?....tak boleh forced macam orang tua..he3...tapi kadang-kadang bila fikir-fikir risau gak...cuma fikir je..aku tak pernah forced dia jalan pun...

duduk suka bertimpuh

gaya merangkak...posing tanpa seurat benang...cuma Fitti menjadi teman


baru boleh berdiri macam nie

belajar jalan kat dalam rumput



sama tinggi ngan rumput depan rumah aku dah


ayah usaha nak potong rambut macam dia masa time rekrut dulu-dulu, tapi Irfan pandai mengelak, dok tak diam


p/s : tak sabar tunggu hari Sabtu menjelma..

Jenjalan kat Taman Tasik Jitra~~




Cerita lama neh..date kita punya travelling neh on 3rd July...sapa orang Kedah mesti tau tempat nie kan...salah satu tarikan kat Jitra, dekat dengan POLIMAS, kalau naik highway ke Changloon (kalau tak silap), boleh nampak tasik ni kat tepi jalan belah kanan...boleh la kalau nak jogging petang-petang coz track untuk jogging panjang gila..mengelilingi tasik tu....kalau aku, memang tak mampu nak habiskan satu round, sampai ja hujung tasik mesti kena panggil orang usung aku...he3...jom kita tengok view tasik neh (pic tak berapa cun coz guna cam phone jek)...


bawah bumbung besar kat tepi tasik tue, orang tak berapa ramai hari tue coz hujan

En Khairuldin, En Irfan and adik aku cik Ayu


berkenalan dengan en Singa yang sangat ramah..he3..


kat tengah tasik, ada macam pulau comel...nak ke sana boleh naik kayak atau pun itik besar yang kena kayuh tu (sori lupa nak snap pic itik besar tu) tp nice la, memerlukan tenaga kalau nak pusing keliling tasik ngan itik besar tu, aku try masa tengah pregnant 7 bulan kat Irfan...gila penat...time nak pusing balik, en Khairuldin sorang je yang usaha kayuh itik tue..he3..sian dia...




dari jauh...main entrance yang ada khemah besar tu



nak jogging kena lalu tepi pokok getah tu...kalau hujan seram coz gelap..better berteman..masa lalu tepi pokok getah, dapat tengok susu getah yang dah terkumpul dalam bekas tu..first time aku tengok susu getah tau...


jogging's track



kami naik buggy neh...best pusing-pusing tasik, tak yah penat jogging..ha3..




Irfan cam takut naik buggy neh, maybe dia heran kenapa selalu naik kereta ada dinding, kali nie tak da dinding pulak..ha3..

p/s : hajat nak ke Penang belum kesampaian, Irfan demam hari Sabtu tu...kalau tak boleh update tempat cun kat sini..

Monday, July 12, 2010

3 Hari Tanpa Blog disisi..Rindu sama Kamu semua blogger..

Selalunya hari Jumaat hari yang paling aku gigih berusaha melawat semua rakan-rakan blog, disebabkan hari Jumaat dah hari last kerja..tapi last Jumaat aku ambik cuti....tak dapat la nak jenguk rakan-rakan kat alam maya nie....nanti aku luangkan masa lawat kamu semua ye...

Terpaksa ambik emergency leave sebab Irfan demam....alhamdulillah saat entri ni diupdate Irfan dah beransur baik, dah tak panas macam hari Jumaat lepas....risau gak aku bila dia demam panas macam nie, makan pun tak mau, harap minum susu je..setelah dua klinik aku p, akhirnya surut jugak demam dia...lega aku...tidur pun lena sikit...




suka ja orang pegan tangan dia...mungkin dia rasa selesa macam tu


muka pun layu je




baru balik dari klinik, sempat lagi try kereta baru dia walaupun badan tak sihat

p/s : banyak contest and GA menarik untuk di JOIN..he3...

Thursday, July 8, 2010

Bila dapat Gaji...




Yeay...kemarin gaji keluar..apalagi bila time dapat gaji macam nie..macam-macam yg aku angan-angankan...rasanya memang semua takkan tercapai dengan gaji yg seciput tu...antara wishlist aku untuk gaji kali nie :



pinjam kereta adik nie sat..apa orang panggil ye nie..aku prefer kuda yang gerak-gerak tu, tapi tak tau orang panggil apa..since Irfan suka wat kuda-kuda atas belakang aku, so aku nak hadiahkan benda nie kat dia..tak la badan aku jadi mangsa dia...he3..agak-agak berapa ribu ye benda nie??

nak naik jambatan panjang nie



Penang's Map

nak jalan-jalan kat Penang..last aku p Penang bertahun-tahun dah, time tu ikut rombongan kilang mak aku...best-best, banyak tempat aku p waktu tu. Walaupun Penang dekat ngan Kedah, tak tercapai-capai lagi hasrat hati aku neh..harap-harap tak da la aral melintang hari Sabtu nie...he3...aku ingat nak p Batu Feringhi dan Butterfly Farm..syok2..

Nak beli jugak barang-barang nak guna time pindah nanti....dah buat list..nanti nak cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan..boleh shopping benda-benda penting tu...

p/s : en Khairuldin suruh pilih antara 3 untuk posting nanti....Perlis, Penang or Sarawak...kalau betul dia kena posting, nampaknya tak jadi la aku pindah g Taiping...




Wednesday, July 7, 2010

Notice Resign

Mood hari nie : Dalam dilema, tak tau nak resign macam mana..kelakar la aku nie, kalau orang lain aku tengok senang ja diaorang cabut..aku pulak nak kena pening-pening nak bagi ayat apa kat boss aku, nak buat notice 2 minggu jek, boleh tak? ingat next week tak mau mai kerja dah...tapi takut kena bayar kat company pulak, sepatutnya aku kena bagi notice sebulan awal..hu3..tolong..sesapa ada idea, boleh kongsi dengan aku yang tengah pening nie...

thanks google








p/s : masa tengah blogwalking tadi, tengok header depa semua cun-cun belaka...design sendirik woo...aku curik kat internet jek...maklumla tak da masa nak ngadap laptop..

Tuesday, July 6, 2010

Happiness always around you..just grab it..dont think so much..



My Picks…


Life isn't fair, but it's still good.


Life is too short to waste time hating anyone.


Take a deep breath. It calms the mind.


Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.


No one is in charge of your happiness but you.


Forgive everyone everything.


What other people think of you is none of your business.


However good or bad a situation is, it will change.


If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back.




p/s : nak jadi insan yang paling gembira di atas muka bumi nie walaupun ada masalah yang sedang melanda hidup aku...aku paling suka ayat yang last sekali tu...bila direnungkan kembali, ada orang yang paling bermasalah dari aku...jadi bersyukurlah dengan apa yang aku nikmati sekarang walaupun kadang-kadang amat payah untuk ditelan..



Lucky Draw by Shasha

Korang nak duit tak?? kalau nak jom join Lucky Draw by Shasha nie...duit bernilai RM50 akan menjadi milik anda, kalau bertuah la...he3...





Rakan-rakan jom join lucky draw nie :



Hanakira

Azzey





Due date pada 31 July 2010...lagi 25 days to go...



"CABUTAN BERTUAH @ QISFA ENTERPRISE"




Jenjalan cari contest and GA lagi....bila bosan menjengah nie la kerja aku..he3..

Qisfa Enterprise mengadakan Cabutan Bertuah buat pengunjung dan pelanggan onlinenya...



1) Gambar banner - kat atas tu
2) Nama :sunShine
3) Emel :
zurahan_87@yahoo.com.my

4) Hadiah : Kategori A

5) Referrer : Aura Kasih

Tarikh tutup penyertaan pada 26 Julai 2010 jam 11.59 malam.

The Bestest Blog from Hanakira



1.Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.

Terima kasih cik hanakira yang murah hati itu...
oh..saya baru balik dari ziarah blog dia..dia memang suka cartoon and anime...


2.Sila beri award kepada 5 blogger yang lain

Rina
Azzey

3.Bagaimana anda boleh digelar blog yang best and great?
Improvement all the time...kalau tak best sekarang pun hope future blog nie boleh jadi among the best blog in the world..hehehe..edisi perasan...



p/s : masih dalam mood bersedih, peristiwa tu tetap dalam ingatan aku sampai bila-bila..


Thursday, July 1, 2010

CherishLoveTogether : 1707 Giveaway

nie hadiahnya..cantik kan..



Nak join giveway bag cantik kat blog neh...CherishLoveTogether..

syarat-syarat dia senang je..nak tau, jom klik link CherishLoveTogether

Tarikh tamat GA nie pada 17 July nie..cepat-cepat sebelum terlambat

p/s : kat blog AURA KASIH tu ada banyak contest and GA la, rajin dia join....

Dapat Warning Besau Pulak...



Mood hari nie - masih bersedih dengan yesterday warning...tapi bila fikir-fikir balik, kenapa aku perlu bersedih...aku perlu fikir balik apa yang aku lakukan sampai mereka warning aku macam tu. Aku buat kesalahan besar ke sampai mereka bagi kata dua kat aku....aku rasa ada lagi yang lebih teruk dari aku...tapi tang tu kenapa mereka tutup mata....tang aku mereka nampak sangat..lagipun nie baru first time aku buat. Setelah sepanjang malam berfikir, aku rasa memang tak puas hati, tak adil bagi aku untuk terima semua nie.............

pic sape ntah nie, aku curik kat google


Sekarang nie aku kena buat keputusan, nak terus kerja atau blah saja dari sini...since mereka pun tak sabar-sabar nak tengok aku berambus...tapi aku nak kerja kat mana??? Satu hal pulak nak cari kerja time terdesak macam nie....


Aduh dugaan lagi....




p/s : tak da mood dah nak buat kerja.....



Wednesday, June 30, 2010

Aku nak Spray Mata Mereka





Kisah nie berlaku pagi Selasa, 29 June 2010…waktu Malaysia 6.28am tak lebih tak kurang………..dalam perjalanan ke tempat menunggu van kilang, aku terserempak dengan 2 orang lelaki yang tengah berjalan dalam kegelapan macam aku, cuma aku lebih sikit, ditemani oleh cahaya phone yang malap. Mula-mula memang aku tak perasan kehadiran mereka itu, bila dah dekat baru la nampak, gayanya macam mat Indon jek….kus semangat aku sebab sebelum nie memang aku tak pernah jumpa sesapa pun kat jalan tue time pagi-pagi buta macam tu…kalau nak jumpa pun orang sebelah rumah aku p hantar anak dia ke sekolah, tu pun sebulan sekali kot terserempak dengan aku………fikiran aku masa tu memang dah melilau, memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, kalau tak berlaku apa-apa Alhamdulillah, kalau terjadi sesuatu yang buruk…..huhuhu..tak dapat aku nak bayangkan (anda dapat teka apa kemungkinan yang buruk itu??)






So, kesudahannya, setelah berfikir dan berfikir lagi tanpa henti….kalau mereka itu dah tau aku selalu gunakan jalan tu pagi-pagi, aku kena bersiap sedia dan berwaspada selalu, tak boleh lalai dan leka dan aku juga telah memaklumkan kepada semua kenalan aku tentang mat Indon tu…dan aku juga telah sediakan..jeng3..





perfume yang wangi untuk mereka

Harap-harap kalau perkara buruk terjadi, aku mampu nak spray benda alah nie kat mata mereka…..

Kenapa kalau jumpa orang Indon je mesti fikir negative???
Tapi kalau aku jumpa orang Malaysia yang tak dikenali kat situ pun aku takut jugak….aku sorang je kot kat jalan tue…

p/s : Aku sentiasa mohon supaya Allah melindungi aku dan keluarga aku, minta dijauhkan dari bahaya…..harap tak ada perkara yang buruk terjadi, aku cuma nak p cari rezeki untuk keluarga aku……



Monday, June 28, 2010

Cabutan Bertuah Sempena Father's Day - Sawsaw Lady

Selalu join contest sebab ibu je yang nak hadiah...sekarang nie nak join contest untuk ayah pulak...nanti boleh hadiahkan kat en Khairuldin...


Nak join lawat blog sawsaw lady ye...


Pic yang comel dan handsome En Khairuldin bersama anak teruna kesayangan Muhammad Irfan






Due 29 June 2010

p/s : tetiba rindukan En Khairuldin pulak..ngeh3..

Nokia 2700 Classic VS Nokia 1208




Kan dulu-dulu aku pernah mention nak tukar phone kan...so aku nak update perbandingan antara kedua-dua phone nie..

Sebenarnya aku masih rindukan phone lama aku..walaupun function N1208 tak banyak tapi satu function yang sangat-sangat membantu aku ialah light-nyer....terang lagi bersuluh...

credit to Google

Cahaya dari phone ni la yang menerangi jalan aku setiap pagi waktu keluar p tunggu van kat tepi jalan..aku keluar dari rumah pukul 6.25am, jalan kaki oke...




sekarang, sejak tukar phone N2700 Classic nie...jalan aku gelap gelita jek...seram sejuk dibuatnya..jalan tu jauh jugak tau...

credit to Google

Kelebihan phone baru nie...camera and memory card 2GB...boleh ambik pic banyak-banyak....selain dari boleh dengar music......Ovi Nokia pun ada, tapi aku tak reti guna, kena explore pasal Ovi Nokia la pulak..nanti aku dah pandai, aku update kat sini ye....ataupun sapa-sapa yang pandai boleh update aku...
lagi-lagi function dia, video camera, bluetooth, 3G tak da oke...sapa nak tau lebih boleh check kat web Nokia ye..
Dulu Collegue aku selalu perli, bila call in lagu phone aku selalu bunyi...pong, pang, pong, pang hehehe...aku set ringtone Bold kot..tu yang bising...
tapi sekarang ringtone aku avril lavigne ....cuba teka lagu apa???
p/s : phone baru aku baru je jatuh...berlagak kunun nak ambik pic..kang dah jadi belang-belang pic tue...sebab susah hati jadi camtu..aku off terus phone tu...hu3...