.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 30, 2009

LOVE my baby



Nama : Muhammad Irfan b. Khairuldin

Tarikh Lahir : 15 July 2009

Tempat Lahir : Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

AKTIVITI ANAK-ANAK 0-2 TAHUN
Tips Ketika anak Berusia 0-6 bulan


a) Setiap anak mempunyai karakter dan potensi yang berbeza sehingga semua nasihat dan arahan daripada ibu bapa tidak dapat diterima oleh setiap anak. Perlu diingat bahawa setiap anak memiliki keistimewaan, keunikan dan berbezaan daripada anak-anak lain.
b) Anak-anak dari usia 0 hingga 3 bulan mula menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Anak-anak akan mula menoleh ke arah kanan dan kiri serta mula mengangkat kepada semasa meniarap. Selain daripada itu, anak-anak juga telah dapat bereaksi dengan bunyi loceng dan mula bersuara apabila melihat wajah ibunya dan tersenyum spontan.
c) anak-anak yang berusia sehingga empat bulan sudah dapat menegakkan kepala apabila didudukkan, meniarap dan terlentang kembali dengan sendiri. Anak-anak juga sudah dapat memegang mainan. Oleh itu, berilah rangsangan dengan memberikan sesuatu di tangan anak-anak. Pada ketika ini anak-anak akan mula tertawa dan memandang tangannya.
d) Anak-anak yang berusia sehingga enam bulan sudah dapat duduk tanpa sokongan serta dapat menggapai. Ketika namanya dipanggil, anak dapat menoleh ke arah suara, anak-anak juga dapat menggapai mainan yang berada dekat dengannya dan memasukkan ke dalam mulut.
e) Anak-anak sehingga usia enam bulan telah mampu menelan makanan tambahan selain susu ibu seperti jus buah, makanan yang dikisar atau bubur yang dikisar. Pastikan anda memulai dengan makanan yang dikisar, kemudian ke tahap makanan yang dilenyek dan seterusnya.
f) Pastikan anak-anak sihat semasa ingin memulakan perjalanan. Ibu juga pasti menyediakan peralatan dan pakaian anak yang mencukupi. Makanan anak sebagai bekalan juga turut disediakan. Sekiranya ibu bapa merencana perjalanan menaiki kereta, buatlah sesuatu untuk menjaga keselesaan anak agar ahli keluarga lain juga turut selesa.
g) Pada usia ini, anak-anak mula bergerak dari tempat tidurnya dengan mudah. Dicadangkan agar tidak menyelimuti anak agar anak dapat bergerak dengan selesa. Hal ini juga dapat mengelakkan anak terjaga malam sehingga tidak cukup tidur.
h) Untuk merangsang otot dan fikiran anak, letakkan mainan jauh daripadanya agar anak berusaha menggapai, menjangkau dan memegangnya.
i) Jika anak anda bangun tanpa menangis, biarkan dia bermain sendiri di tempat tidurnya, tidak perlu mendukungnya. Saat yang tenang dan selesa ini memungkinkan anak akan buang air dan tidur dengan sendirinya semula.
j) Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan ingatan anak. Cubalah mendukung anak keluar di waktu pagi. Kemudian boleh juga membawa anak-anak berjalan-jalan melalui jalan yang sama setiap hari. Biasanya anak-anak dapat mengingat jalan-jalan yang pernah dilalui jika dilakukan berulang-ulang.
k) Jika anak mudah berguling, dan meniarap ketika anda memakaikan kepadanya lampin, gantikanlah lampin tersebut ketika anak sedang meniarap. Ikuti gerakan anak, dan elakkan daripada memaksa anak mengikuti gerakan kita.
l) Belailah anak dengan kelembutan tangan anda. Sekali-kali, ciumlah pipi anak anda dan pastikan setiap hari anda menyatakan yang anda menyayangi dan mencintainya.
m) Sebaiknya ibu bapa mengikuti kursus atau program yang dapat membantu maningkatkan pengetahuan ibu bapa dalam mendidik anak.
n) Orang yang paling memahami anak anda adalah anda sendiri. Bukan doktor atau pengasuhnya.

Monday, December 28, 2009

kasih SAYANG SELAMANYA....-->aku sayang kamu...


aku cuma nak kau tau...

aku sayang kamu selamanya....walau apa pun yg terjadi dlm hubungan kita....
hati aku tetap untuk kamu...

tiada manusia yg sempurna dlm dunia ni...-->aku sepatutnya faham tapi....

Tuesday, December 22, 2009

Segalanya tentang CINTA...



Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidakberada di sisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
Cinta
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata
cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan
cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
Siapapun pandai menghayati
cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh
cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran
cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

For my darling...i love u forever...semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhir hayat....

Monday, December 21, 2009

Interview lagii....

Wah..wah..wah...
ari khamis ritu..ak dpt surat biru lagi...haha..panggilan ujian fizikal/pancaindera - temuduga bagi jwtn Peg Imigresen Gred KP17...adakah ak akn mghadirkan diri?...
alamak...mlsnya bila mmikirkan ujian kawad..huhu..mmg xsesuai dgn jiwa ak...
tp bla pkkan peluang y jrg ku dapat ni...better ak p..klu x dpt post tu pun, ak dpt experience,,ok la tu kan...huhu..
btw..karang ni tgh hafal la info kat laman web jab imigresen..preparation tuk tmuduga la kononnya..fuh...byknya info..main hafal je la..jgn nnt soalan dtnya..trcengang dgn mata bulat ja jwapan y ak buleh bagi...haha..

Wednesday, December 16, 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

apakah bulan anda???

> JANUARI>>
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
* Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
* Suka smart, kemas dan teratur>
* Bersifat sensitif , berfikiran mendalam>
* Pandai mengambil hati org lain>
* Pendiam kecuali telah dirangsang>
* Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi>
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri>
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema>
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya>
* Cukup sayang pd kanak-kanak>
* Suka duduk rumah>
* Setia pada segala-galanya>
* Perlu belajar kemahiran sosial>
* Cukup cemburu yg sangat tinggi>

>> FEBRUARI>>
* Berfikiran abstrak>
* Sukakan benda yang reality dan abstrak>
* Inteligent, bijak dan genius>
* Berpesonality yg mudah berubah>
* Mudah menawan org lain>
* Agak pendiam>
* Pemalu dan rendah diri>
* Jujur dan setia pd segalanya>
* Keras hati untuk mencapai matlamat>
* Tidak suka dikongkong>
* Mudah memberontak apabila dikongkong>
* Suka kegiatan yg lasak>
* Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif>
* Mudah mempamirkan marahnya>
* Tidak suka benda yg remeh-temeh>
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya>
* Sangat berani dan suka memberontak>
* Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan
impiannya>
* Pemerhatian yg tajam>
* Suka hiburan dan sukan>
* Suka benda yg bersifat seni>
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran>
* Berkecenderungan pd benda yg tahyul>
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros>
* Belajar untuk mempamirkan emosi

>> MAC>>
* Berpesonaliti yg menarik dan menawan>
* Mudah didampingi>
* Sgt pemalu dan pemendam rasa>
* Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati>
* Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran>
* Suka pada kedamaian>
* Sgt peka kepada orang lain>
* Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain>
* Tidak cepat marah dan sangat amanah>
* Tahu balas budi dan tahu kenang budi>
* Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam>
* Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal>
* Suka berangan-angan>
* Suka melancong>
* Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi>
* Kelam kabut dalam memilih pasangan>
* Suka dgn hiasan rumahtangga>
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik>
* Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik>
* Jgn terlalu moody

>> APRIL>>
* Sgt aktif dan dinamik>
* Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal>
* Sgt menarik dan pandai manjakan diri>
* Punya daya mental yg sangat kuat>
* Suka diberi perhatian>
* Sgt diplomatik (pandai memujuk ).>
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org>
* Sgt berani dan tiada perasaan takut>
* Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah>
* Emosi cepat terusik>
* Try control the emotion>
* Kecenderungan bersifat dendam>
* Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan>
* Kuat daya ingatan>
* Gerak hati yg sangat kuat>
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain>
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada>
* Sgt cemburu dan terlalu cemburu

>> MEI>>
* Kekerasan hati & degil>
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi>
* Pemikiran yg tajam>
* Mudah marah apabila tidak dikawal>
* Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian>
* Perasaan yg amat mendalam>
* Cantik dr segi mental & fizikal>
* Tidak perlu dimotivasikan>
* Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain>
* Mudah dipujuk>
* Bersikap sistematik (otak kiri)>
* Suka berangan>
* Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa> diberitahu>
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit>
* Daya khayalan yg tinggi>
* Permikiran yg tajam>
* Pandai berdebat>
* Fizikal yg baik>
* Kelemahan sistem pernafasan>
* Suka sastera,seni & muzik serta melancong>
* Tidak berapa suka duduk dirumah>
* Tidak boleh duduk diam>
* Tidak punya ramai anak>
* Rajin dan bersemangat tinggi>
* Agak boros

>> JUN>>
* Berfikiran jauh & berwawasan>
* Mudah ditawan krn sikap baik>
* Berperangai yg lemah lembut>
* Mudah berubah sikap,perangai,idea @mood>
* Idea yg terlalu banyak dikepala>
* Bersikap sensitif>
* Otaknya aktif (sentiasa berfikir)>
* Sukar melakukan sesuatu dgn segera>
* Bersikap suka menangguh-nangguh>
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik>
* Cepat marah & cepat sejuk>
* Suka bercakap & berdebat>
* Suka buat lawak & bergurau>
* Otaknya cerdas berangan-angan>
* Mudah berkawan & pandai berkawan>
* Org yg sangat tertib>
* Pandai mempamerkan sikap>
* Mudah kecil hati>
* Mudah kena selsema>
* Suka berkemas>
* Cepat rasa bosan>
* Sikap terlalu memilih & cerewet>
* Kurang mempamerkan perasaan>
* Lambat nak sembuh apabila terluka hati>
* Mudah menjadi eksekutif>
* Kedegilan yg tidak terkawal>
* Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya> adalah kawan saya.

>>> JULAI>>
* Sangat seronok didamping>
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki>
* Agak pendiam kecuali dirangsang>
* Ada harga dan maruah diri>
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan>
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus>
* Sangat menjaga hati orang lain>
* Sangat peramah>
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya>
* Berjiwa sentimental>
* Jarang berdendam>
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan>
* Tidak suka benda remeh-temeh>
* Membimbing cara fizikal dan mental>
* Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang>
* Layanan yg serupa dgn semua orang>
* Tinggi daya simpati>
* Pemerhatian yg tajam>
* Suka menilai org lain dgn pemerhatian>
* Mudah dan rajin belajar>
* Suka muhasabah diri>
* Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama>
* Suka mendiamkan diri>
* Suka duduk dirumah>
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan>
* Tak agresif kecuali terpaksa>
* Lemah dari segi kesihatan perut>
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet>
* Minta disayangi>
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih>
* Terlalu mengambil berat>
* Rajin dalam membuat kerja>

>>OGOS>>
* Suka berlawak>
* Mudah tertawan kepadanya>
* Sopan santun dan caring terhadap org lain>
* Berani dan tidak tahu takut>
* Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan>
* Pandai pujuk org lain>
* Terlalu pemurah & bersikap ego>
* Nilai harga diri yg sangat tinggi>
* Dahagakan pujian>
* Semangat juang yg luar biasa>
* Cepat marah & mudah mengamuk>
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan>
* Sangat cemburu>
* Daya pemerhatian yg tajam & teliti>
* Cepat berfikir>
* Fikiran yg berdikari>
* Suka memimpin & dipimpin>
* Sifat suka berangan>
* Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat>
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk>
* Cepat apabila ditimpa penyakit>
* Belajar utk relax>
* Sikap kelam kabut>
* Romantik ,pengasih,penyayang>
* Suka mencari kawan

>>SEPTEMBER>
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur>
* Sangat cermat, teliti & teratur>
* Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik>
* Pendiam tapi pandai bercakap>
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati>
* Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur>
* Kerja yg dilakukan sangat sempurna>
* Sangat sensitif yg tidak diketahui>
* Org yg banyak berfikir>
* Daya pentaakulan yg baik>
* Otak bijak & mudah belajar>
* Suka mencari maklumat>
* Kawal diri dari terlalu mengkritik>
* Pandai mendorong diri sendiri>
* Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan> rahsia>
* Suka sukan,hiburan & melancong>
* Kurang menunjukkan perasaannya>
* Terluka hatinya sangat lama disimpan>
* Terlalu memilih pasangan>
* Sukakan benda yg luas>
* Bersistematik

>>> OKTOBER>>
* Suka sembang>
* Suka org yg sayang padanya>
* Suka ambil jln tengah>
* Sangat menawan & sopan santun>
* Kecantikan luar & dalam>
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura>
* Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan>
* Sentiasa berkawan>
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama>
* Cepat marah>
* Macam pentingkan diri sendiri>
* Tidak menolong org kecuali diminta>
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri>
* Tidak suka terima pandangan org lain>
* Emosi yg mudah terusik>
* Suka berangan & pandai bercakap>
* Emosi yg kelam kabut>
* Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)>
* Suka melancong, bidang sastera & seni>
* Pengasih, penyayang & lemah lembut>
* Romantik dlm percintaan>
* Mudah terusik hati & cemburu>
* Ambil berat tentang org lain>
* Suka kegiatan luar>
* Org yg adil>
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran>
* Mudah patah semangat

>> NOVEMBER>>
* Banyak idea dalam perkara>
* Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya>
* Berfikiran kehadapan>
* Berfikiran unik dan bijak>
* Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa>
* Pemikiran yg tajam>
* Daya firasat yg sgt halus dan tinggi>
* Bagus utk jadi doktor>
* Cermat dan teliti>
* Personality dinamik>
* Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia>
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra>
* Berani, pemurah setia dan byk kesabaran>
* Terlalu degil dan keras hati>
* Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya>
* Tak suka marah kecuali digugat>
* Mudah ambil berat terhadap orang lain>
* Pandai muhasabah diri>
* Cara berfikir lain dari org lain>
* Otak yg sangat tajam>
* Pandai mendorong diri sendiri>
* Tidak hargai pujian>
* Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak> sesuatu>
* Cuba sampai berjaya>
* Badan yg tough>
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik>
* Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang>
* Suka duduk dirumah>
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi>
* Amanah, jujur setia dan pandai berahsia>
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi>
* Bercita-cita tinggi>
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

>> DISEMBER>>
* Sangat setia dan pemurah>
* Bersifat patriotik>
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan>
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa>
* Bercita-cita tinggi>
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi>
* Seronok didampingi>
* Suka bercampur dgn org>
* Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai>
* Sangat jujur amanah dan bertolak ansur>
* Tidak pandai berpura-pura>
* Cepat marah>
* Perangai yg berubah-ubah>
* Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi>
* Benci pada kongkongan>
* Suka berlawak>
* Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik>


bln ku...hehe..sudah smestinya Mei...
ada y bau-bau bacang dgn sikapku sndri, tp ada jgak y xserupa lgsung...xda kena mengena..
hihi..check it out ur moon...