.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 30, 2010

Aku nak Spray Mata Mereka





Kisah nie berlaku pagi Selasa, 29 June 2010…waktu Malaysia 6.28am tak lebih tak kurang………..dalam perjalanan ke tempat menunggu van kilang, aku terserempak dengan 2 orang lelaki yang tengah berjalan dalam kegelapan macam aku, cuma aku lebih sikit, ditemani oleh cahaya phone yang malap. Mula-mula memang aku tak perasan kehadiran mereka itu, bila dah dekat baru la nampak, gayanya macam mat Indon jek….kus semangat aku sebab sebelum nie memang aku tak pernah jumpa sesapa pun kat jalan tue time pagi-pagi buta macam tu…kalau nak jumpa pun orang sebelah rumah aku p hantar anak dia ke sekolah, tu pun sebulan sekali kot terserempak dengan aku………fikiran aku masa tu memang dah melilau, memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, kalau tak berlaku apa-apa Alhamdulillah, kalau terjadi sesuatu yang buruk…..huhuhu..tak dapat aku nak bayangkan (anda dapat teka apa kemungkinan yang buruk itu??)






So, kesudahannya, setelah berfikir dan berfikir lagi tanpa henti….kalau mereka itu dah tau aku selalu gunakan jalan tu pagi-pagi, aku kena bersiap sedia dan berwaspada selalu, tak boleh lalai dan leka dan aku juga telah memaklumkan kepada semua kenalan aku tentang mat Indon tu…dan aku juga telah sediakan..jeng3..





perfume yang wangi untuk mereka

Harap-harap kalau perkara buruk terjadi, aku mampu nak spray benda alah nie kat mata mereka…..

Kenapa kalau jumpa orang Indon je mesti fikir negative???
Tapi kalau aku jumpa orang Malaysia yang tak dikenali kat situ pun aku takut jugak….aku sorang je kot kat jalan tue…

p/s : Aku sentiasa mohon supaya Allah melindungi aku dan keluarga aku, minta dijauhkan dari bahaya…..harap tak ada perkara yang buruk terjadi, aku cuma nak p cari rezeki untuk keluarga aku……



Monday, June 28, 2010

Cabutan Bertuah Sempena Father's Day - Sawsaw Lady

Selalu join contest sebab ibu je yang nak hadiah...sekarang nie nak join contest untuk ayah pulak...nanti boleh hadiahkan kat en Khairuldin...


Nak join lawat blog sawsaw lady ye...


Pic yang comel dan handsome En Khairuldin bersama anak teruna kesayangan Muhammad Irfan






Due 29 June 2010

p/s : tetiba rindukan En Khairuldin pulak..ngeh3..

Nokia 2700 Classic VS Nokia 1208




Kan dulu-dulu aku pernah mention nak tukar phone kan...so aku nak update perbandingan antara kedua-dua phone nie..

Sebenarnya aku masih rindukan phone lama aku..walaupun function N1208 tak banyak tapi satu function yang sangat-sangat membantu aku ialah light-nyer....terang lagi bersuluh...

credit to Google

Cahaya dari phone ni la yang menerangi jalan aku setiap pagi waktu keluar p tunggu van kat tepi jalan..aku keluar dari rumah pukul 6.25am, jalan kaki oke...




sekarang, sejak tukar phone N2700 Classic nie...jalan aku gelap gelita jek...seram sejuk dibuatnya..jalan tu jauh jugak tau...

credit to Google

Kelebihan phone baru nie...camera and memory card 2GB...boleh ambik pic banyak-banyak....selain dari boleh dengar music......Ovi Nokia pun ada, tapi aku tak reti guna, kena explore pasal Ovi Nokia la pulak..nanti aku dah pandai, aku update kat sini ye....ataupun sapa-sapa yang pandai boleh update aku...
lagi-lagi function dia, video camera, bluetooth, 3G tak da oke...sapa nak tau lebih boleh check kat web Nokia ye..
Dulu Collegue aku selalu perli, bila call in lagu phone aku selalu bunyi...pong, pang, pong, pang hehehe...aku set ringtone Bold kot..tu yang bising...
tapi sekarang ringtone aku avril lavigne ....cuba teka lagu apa???
p/s : phone baru aku baru je jatuh...berlagak kunun nak ambik pic..kang dah jadi belang-belang pic tue...sebab susah hati jadi camtu..aku off terus phone tu...hu3...

Friday, June 25, 2010

Birthday dah dekat!!!




Bukan birthday aku ea...birthday aku dah lepas...nie birthday anak teruna aku pulak...jatuh pada 15 July...
Sempena birthday dia aku ada juga angan2kan nak celebrate wat kenduri sikit-sikit...tapi tak de idea la nak jamu orang makan pe.....

Dalam list kepala otak aku nie ingat nak


Buat BBQ...ok ke tak ok???
Nak bakar ayam (dengar2 ayam nak naik harga, betul ke?), ikan (ikan temenu bakar cicah ngan air asam, sodap jugak nie, menu wajib mestilah jagung bakar, manis dan enak....menu lain sosej....buat sikit2 dah la..bajet..kuikuikui..menu sampingan nak buat bihun goreng jek.


Chocolate Cake

Ingat nak tempah kek kat otai kek kat kilang aku neh..memang laku chocolate cake dia...sebijik RM10 jek...

credit to google





lagi-lagi....



sape ada idea boleh conteng kat ruang comment.....
jasa baik anda didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih..
nanti jemputlah datang rumah ye..





p/s : pening hari nie, out of schedule lagik...patutnya hari nie aku posa..

Thursday, June 24, 2010

Ada orang datang melawat blog aku....



Ada tak blogger datang melawat blog aku sebanyak nie....



dalam satu masa.....


kalaulah ada bestnyeeeeeee..............
walaupun blogger2 hebat kat luar sana pandang sebelah mata je...tapi bagi aku ia anugerah yang paling bernilai coz aku baru je dlm dunia blogging nie..terasa macam dihargai kalau orang datang menjengah blog aku walaupun sekejap...sob3...terharu...terima kasih semua....



p/s : tengah cari contest and GA lagi nie....nak join banyak2....

Lucky Draw by Rina!!!



Sangat teruja nak join Lucky Draw kat blog Rina neh..sebabnya ada hadiah best, 20 hadiah tu...hadiah nie khas dari Rina Wardrobe...

rinastories

rinawardrobe





Due date 15 July...so sape yang berminat nak dapatkan hadiah dari Rina Wardrobe...cepat2 terjah blog Rina....jom2...

p/s : terkilan tak boleh copy banner tu......kat blog Rina pun tak nampak langsung....

AFIF HAKIM 1ST BIRTHDAY GIVEAWAY


nak luangkan masa jugak masuk GA Afif Hakim 1st Birthday neh....


Happy birthday Afif (1st July)..semoga panjang umur, jadilah anak yang soleh..kebanggaan ibu dan ayah...besar nanti jangan nakal2 ye....bila besar belajar rajin2, jadi orang yang berjaya....



p/s : birthday Irfan pun dah nak dekat (15 July), kalau aku buat contest or GA ada ke orang nak join??

GA Plushies Cute




cute...memang sangat cute...apa nama nie...plushies ye...tapi tempahan dah ditutup...cik kisz pinky yang jual nie ambik tempahan time cuti sem jek...bulan 9 dan 10 ni pulak baru bukak....kalau nak jugak boleh join giveaway plushies yg dia anjurkan tu.....oke...nak2..nak 1 jek..
Tarikh tutup GA ni 30 June..tak lambat dah tu...cepat2..
p/s : mcm2 la aku join...bertuah ke tak aku neh??

Cabaran: Copy & Menang!!!


Nak MP3 free tak kawan2? kalau nak copy & paste je ayat dibawah, nak lebih lanjut, klik kat link bawah tu....jom reramai..

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 PlayerUntuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hwPenaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com

Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010

Maklumat Hadiah
MP3 Player ini sangat funky.Berkapasiti 2 GBAmat ringan.Comel.



p/s : Jumpa MP3 ni kat blog syuzana...

Award dari YAMMY

Dah lama dapat tapi bila nak ambik tak boleh la pulak...page kat blog yammy tak keluar2, pagi ni tilik2 tengok dah tukar background ye yammy??
Thanks for the award...........







memang pink abes la award nie...


Ada soalan kena jawab:


pertama: sila link kepada orang yang award ni kepada kamu ---> yammy

kedua: nyatakan sebab kenapa anda suka pink ---->
- lembut
- cute
- kewanitaan

ketiga: sejak bila suka warna pink? ----->
- sejak dia cakap saya cantik kalau pakai baju pink…hihihi..

keempat: nyatakan barang kamu yang berwarna pink --->
- baju kurung pink
- berus gigi pink
- kain langsir pink kat bilik tidur
- botol susu Irfan warna pink (sian Irfan)
- handset warna pink
- gloss pun warna pink

kelima: snap picture kamu dgn barang kamu yg kaler pink itu(1 brg pun cukup, yg penting kaler PINK)*yg ni kalau tak nak buat pun tak pe, no biggie :X ----->
- Special pink for you…



cute tak pink neh??

keenam atau pun terakhir: tag kawan2 kamu yang minat kaler pink jugak. ---->
- sesapa yg minat kaler pink boleh contact sy, sy nak dedicate award ni khas utk dia...buleh??



p/s : teringat kengkawan yg addicted sangat dengan pink ni....rindu korang..huhuhu..


PAINTING DA' RAINBOW


Nak join GA PAINTING DA' RAINBOW dari Nini D.. pulak...rajinnye join GA ye (ngah blogwalking jumpa byk contest n GA, murah hati sungguh para2 blogger yer)...

Sesapa nak join boleh terjah blog Nini D.. , syarat-syarat dia senang jer...pejam mata je dah siap..kihkihkih..(tipu betul pagi-pagi nie)

p/s : mood nak join GA & contest membuak-buak...

Wednesday, June 23, 2010

'Happy Birthday to Me’ Giveaway!!


Ada giveaway lagi, dari Beba pulak...nak join, nak join..Beba buat GA ni sempena birtday dia yang ke .....

lebatnya rambut dia..


Syarat-syarat dia senang aje, blh klik kat sini kalau nak join.

Kalau join GA mesti nak hadiah kan...menurut Beba, dia order hadiah dari heartbeat...


Contoh hadiahnyer:

mug yang cute nie..



Giveaway ni akan berakhir pada 07.07.10.

p/s : Wish u always happy with your family, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki...ada rezeki lebih nanti boleh buat contest pulak kan...hehehe..


Tuesday, June 22, 2010

Nak Handset Baru....


Disebabkan last week aku berpuasa 4 hari berturut2..aku merasakan duit aku tak terusik langsung…dan aku juga merasakan dengan duit tersebut aku boleh tukar handset baru next month…hehehe..akhirnya impian aku tercapai – nak pakai handset yang ada kamera. Tapi nak beli handset macam mana ye…nak kena survey2 dulu la ni…- aku idamkan handset yang ada camera + USB, nak dengar music, itu je yang penting…selain dari call dan mesej la ye…

Tapi yg menjadi persoalannya aku baru puasa 4 hari je kot, tapi boleh save 2,3 ratus..banyak sangat ke aku makan selama nie…hahaha…memang sah aku kena control cara makan aku….makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.


Jom layan pic, bukan pic aku yang dah semakin sihat ni ye...tapi pic anak teruna aku yang makin sihat...


.


.


.


.


.


Shawls by QisshawlS




Shawls baru semangat baru..aicece..pakai shawls baru dari Qisshawls...cantik ++ cute...nie first time purchase dari Qisshawls...servis mmg cepat...1st class...design pun cantik2..sesapa yg minat shawls tu blh klik2 kat link Qisshawls, yg tak minat pun blh klik jugak..cuci2 mata kot2 berkenan blh order terus...
zura order guna form yg ada kat blog Qis, pas dapat reply tentang harga and acc no, terus zura transfer money tru cimb clicks...esok tu dah boleh dapat shawls tu...senang je kan..

sempena musim bola nie..qis juga ada buat promosi gila bola..selain tu ada contest lagi...tunggu apa lagi..jom terjah blog qis..


untuk Lucky customer boleh dapat 10% discount dari Qisshawls - valid for every purchase oke..


zura dah purchase 2 helai shawls tau


.


.


.


.


.


.


.


.


.



(condition pic tak berapa oke, coz guna bisoncam jek)

p/s : nanti nak order lagi...nak pakai raya pulak...

Friday, June 18, 2010

Update Pic d Pizza

Irfan dengan gaya tak sabar tunggu order datang...
dia bukan buleh makan pun..huhuhu..

aku yang serious membahagikan makanan...kongsi ye..jgn berebut..

p/s : nie first time kitaorang makan kat pizza..sshh...jgn bagitau org lain ye..

SweeT Honesty



received 1 message...

"sayang...abang beli minyak wangi SWEET HONESTY...orang tua-tua cakap minyak wangi yang suami suka..seeloknya bagi dekat isteri"


Betul ke tidak orang tua yang cakap...tapi bagus jugak, dapat gak minyak wangi sebotol...hehehe..walaupun sebenarnya aku ni tak la suka sangat sembur minyak wangi ni..kalau aku ingat, berbau la jugak minyak wangi kat badan aku ni...tapi selalunya lepas conteng-conteng apa yang patut kat muka aku ni, terus ja keluar..terlupa la minyak wangi tue....

tapi en khairuldin memang suka sangat minyak wangi...benda wajib sebelum keluar rumah ialah minyak wangi..kalau minyak wangi dia habis, minyak wangi adik dia pun dia sembur...huhuhu..janji berbau wangi...

Tapi aku suka kalau dia guna Adidas..sesuai untuk lelaki...wah3...i love it...

credit to Google




p/s : rasanya SWEET HONESTY (keluaran Avon) yang dia bagi kat aku tu, dia jugak la yang tolong habiskan....

Wednesday, June 16, 2010

Balik tak Balik ~~ Rindu Dia

Dulu aku selalu larang en khairuldin balik....takut terjadi apa2 ditengah jalan, takut dia letih drive, takut dia tak cukup tidur, takut bajet family larik, takut macam2 takut....

tapi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sekarang, tak jumpa dia walaupun baru 3 hari rasa rindu pulak...selalu col dia tanya dah makan belum, kat mana, dengan siapa, sihat ke tak, kerja macam mana, ada masalah tak, dan yang paling penting tentulah "bila abang nak balik??"

(dalam hati aku selalu berharap dia balik, tapi.....seperti yang dikhabarkan sebelum ni TAK BOLEH...ok)

tiap-tiap malam mesti col dia report tentang segala kegiatan anak teruna dia...dan bagi Irfan dengar suara ayah dia...mesti Irfan senyum-senyum sampai meleleh air liur dengar suara ayah dia.....

aduh..hati bersabarla sikit...dah tak berapa hari dah...nanti weekend boleh la tengok muka dia puas2....

p/s : mood teringatkan kenangan lama coz tinggal aku sorang ja kat office nie...memang sunyi...

dapat SimCard free dari Pena Farhana

Thanks pemilik blog Pena Farhana bagi kat Zura simcard bewarna purple pink yang cantik nie..


Penghargaan ni saya dedikasikan buat anda semua terutama pada mereka yang telah
sudi meletakkan link Pena Farhana di laman kalian. Saya sangat menghargainya.
Simcard tu tulis 'Pena Farhana connecting blog' means siapa yang ada simcard ni
akan sentiasa dekat di hati deena farhana :)




Aku Pengguna TEGAR

Pada pagi yang bersejarah nie…aku nak share ngan korang brand2 yang boleh dikatakan best..bagi aku la…walaupun harga dia murah tapi berbaloi…(sesuai dengan masyarakat yang berpendapatan sederhana macam aku nie)…let’s check…

Pencuci Muka Oxy
Aku guna oxy ni dah lama..dalam 3 tahun dah agaknya..memang sesuai untuk jerawat..tapi sekarang aku guna yang untuk blackhead, blackhead kurang la sikit..tapi jerawat memang jarang la nak singgah kat muka aku nie..

Krim Muka Safi
Untuk krim muka, aku prefer safi, memang produk murah..tapi aku guna since lepas SPM sampai la sekarang…bagus untuk parut jerawat selain dari memutihkan kulit muka…senang didapati dikedai2 berhampiran anda..

Ubat Gigi Fresh & White
Yang ni pun aku dah lama guna, walaupun gigi aku tak putih2 jugak tapi aku tetap guna Fresh & White dengan harapan satu hari nanti gigi aku akan putih…masih sabar menunggu…

Johnson Baby Milk Bath

Time study dulu pernah guna pastu dah lama tukar brand lain, and hari ahad lepas aku beli untuk Irfan..memang best bau dia…lembut cam baby…

Maybelline

Sekarang aku guna bedak maybelline, 2 way sekali dengan foundation..jimat2 guna coz boss aku yang bagi..harap kat aku memang tak beli dah..dulu aku suka pakai Johnson compact powder..yang tu memang slow sikit kesan dia…tapi harga murah la kalau nak bandingkan dengan maybelline nie..

Lipice Sheer Colour
Lipice nie aku baru try guna..memang bagus untuk bibir yang sensitive macam aku nie..bibir yang tak boleh kena lipstick…dia ikut warna darah jugak lipice nie..

Lampin Pakai Buang Fitti Basic
Dari Irfan lahir sampai sekarang aku tetap setia dengan Fitti…pernah try Huggies tapi memang tak sesuai, mesti melecet and merah2 walaupun pakai sekejap saja…so Fitti is the best…




Walaupun brand murah namun tetap bergaya…. nanti ada barang best aku update lagi ye...

p/s : sakit lutut masih terasa...semalam bangun dua kali buat air halia..hope hari nie ok sikit...



Tuesday, June 15, 2010

Happy! Happy!

Hari nie absolutely gembira semacam je..first aku tengok birthday ticker Muhammad Irfan…lagi sebulan my baby will turn to 12 month or 1 years…saat2 yang dinantikan, macam tak percaya ja…umur aku sekarang baru 23rd years old rasanya and dah ada baby umur 1 year….best2…dulu masa study tak terfikir pun apa yang akan aku lalui time umur2 cemni…yang aku fikir hanya lah huhahuhahuha….dan nah..sekarang..memang aku huhahuhahuha pun..tapi bukan dengan rakan sahabat handai aku tapi dengan baby kesayangan aku…..bila dia panjat sana panjat sini..terjerit2 la aku melarang…huhuhu….memang mencabar jadi ibu di usia yang muda nie…banyak pengorbanan yang terpaksa aku lakukan..hehehe…yang paling terkorban sekali tentulah masa tidur aku…aku nie memang addict sangat dengan sleeping nie…pantang ja tak da keja mesti tidur..tapi sekarang nak tidur pun terpaksa curi2 masa…tapi itulah yang perlu aku pertaruhkan untuk membesarkan Irfan..bila tengok dia membesar, aku rasa lega dan bahagia….tak sabar nak tengok dia berjalan dan bersembang dengan aku (sekarang memang dia suka sembang, tapi aku tak faham dia kata apa, maklumlah bahasa budak2)….

p/s : happy dapat rantai leher dan cincin baru masih terasa…tak sia2 aku meraung coz gelang aku hilang(rasa malu pulak dengan family mentua aku)….en khairuldin terpaksa pujuk aku dengan bawa aku ke kedai emas…tapi lagi aku happy sebab gelang aku yang hilang tu sebenarnya jatuh depan rumah, tok aku yang jumpa..nasib baik tak jatuh kat tempat kenduri, kalau tak…hilang la kenangan PTPTN aku (gelang tu aku beli dengan duit PTPTN)...


Friday, June 11, 2010

Mood aku yg Bosan


Hari nie hari Jumaat…keja sampai kul 3 ja…bosan memang bosan, sunyi sebab ramai yang cuti..bos besar pun cuti jugak….
Aku gitau bos aku….bosan la…tau dia jawab apa……
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
You main la game…taip game, nanti dia naik banyak game….
You jangan bising2 dah la (maksud dia jangan kacau dia..)
Aduh boss aku nie..selalu bagi idea yang bernas kat aku…
Thanks boss..
Baik aku blogwalking cari kenalan...
p/s : sebenarnya mood keja tak da, tak sabar nak balik rumah...petang nie en abg janji nak bawak g shopping...buleh makan kfc sekali....lalalala....


Thursday, June 10, 2010

Weekend di Pizza - Pic

Irfan serious nie...
Weekend hari tu g makan pizza..setahun sekali tau baru kitaorang ada peluang jejakkan kaki kat pizza tu…..nak upload lebih banyak pic tapi dapat 1 je…maklumlah snap guna henpon pinjam..nanti ada lagi pic boleh simpan lagi kat blog ni ye…wat kenang-kenangan…

Cerita 1 ~~ cuba belek baju aku…time tengah bersiap tu, aku pakai seluar and baju inner yang brown tu..sekali en abg aku tegur, “seksinya, brapa kali dah pakai baju nie” (memang ketat kalau pakai inner saja) aku masa tu nak gelak dah..dia pandang ja aku, n then aku jawab “ byk kali dah, pakai p keja “ muka dia lain macam dah…aku tahan gelak, senyum depan cermin sorang2…oke..aku tak mau dia teruskan leteran dia…so aku g kat almari pakaian n terus sarungkan dress yang cantik kat luar tu (dress kat luar tu memang besar n kembang)….baru dia senyum tengok aku…. “oh, macam nie ke ’’

Cerita 2 ~~ kitaorang parking depan KFC time nak g Pizza tu ( KFC, Pizza n Guardian memang sebaris) ingat nak p Guardian beli barang dulu…nak p Guardian kena lalu depan KFC) sampai depan KFC penjaga pintu tu buka pintu untuk kami..aku yang jalan kat depan nie tak berani pandang muka dia…malunye..memang dia yang patut malu tapi aku pulak yang terlebih malu…kesian dia..nak buat camana bukan rezeki dia…huhuhu…

Moral of the story: Memang best boleh p jalan2 ngan family – dapat kutip banyak pengalaman even p makan Pizza ngan shopping kat Guardian aje…


Award Beauty Blog ~ dr Syazana

Terima kasih cik syazana sudi bagi award nie..nie kiranya award ke-3 la ye...award yg yummy bak kata syazana, memang nampak enak...dgn pink colournya..

Dengan bangganya saya nak kasi award nie pada yang bertuah...scroll bwh ye..



.



.



.



.

CT

Hanakira


p/s : pg nie je dah 2 award saya update...rajinnya saya..
~~~rajin sebab gembira dapat award...

Award dari cik CT Cute

Dapat award lagi..award dari cik CT cute itu…muahhhxx2 dear…
Saya sangat suka menjawab soalan..rasa cam exam pulak….hihihi…
Sebenarnya dengan soalan2 inilah dapat membuatkan blogger2 alam maya nie lebih mengenali diri kita…

1) Kenapa kamu suka blogging?
~ saya nak belajar bercerita dengan menulis…sebab saya tak pandai bercerita dan menulis…
~ Saya suka feedback dari kawan2 blogging saya
~ saya suka kalau saya ada kawan walaupun tak pernah berjumpa
~ saya suka melawat kawan2 saya untuk mengetahui tentang kehidupan mereka


2) Adakah kamu bahgia dengan kehidupan kamu sekarang??

Sesungguhya saya bahagia dengan kehidupan saya disamping keluarga, kawan2 dan kerja yang saya cintai…syukur pada rahmat yang Allah SWT berikan..sesungguhnya ujian yang diberikan-Nya hanyalah untuk menguji keimanan hamba-Nya…

3) Apakah impian kamu 5 tahun akan datang?
~ Berbahagia bersama yang tersayang – en Khairuldin n en Irfan
~ Target nak tambah bilangan ahli keluarga girl kalau dimurahkan rezeki..amin.
~ Mestilah sudah menetap di Taiping membina keluarga disamping kerja yang menyenangkan.
~ Semoga keimanan saya makin bertambah berkali2 ganda dari sekarang…

4) Siapakah orang yang sentiasa kamu inginkan berada di sisi kamu...?
~ Keluarga yang saya sayangi
~ Kawan2 yang hargai diri saya


5) Sila beri award ini kepada 5 blogger kesukaan kamu :
sara

Tuesday, June 8, 2010

My FavouRite - si Keropok Lekor

From pak cik Google

Keropok Lekor kegemaranku..layan ngan air kopi…nyum2..sedapnya….
Thanks Kak Ana…bawa balik hadiah best nie dari kg halamannya..Kelate…bila la aku nak sampai Kelate nie….semoga satu hari nanti rezeki aku nak kesana ada juga….aku nie memang jarang2 dapat peluang ke luar negeri (luar dari negeri Kedah ok..hehehe) dan satu2nya negeri yg aku pernah jejakkan kaki ialah Pahang..tempat aku menimba ilmu dan pengalaman, tu kiranya paling jauh la, selain dari jiran negeri Kedah iaitu…Perak, Penang dan Perlis…

Hobi aku waktu petang lepak2 dengan tok aku and Irfan, sambil lepak tu boleh la makan keropok lekor okeh..tak sabar nak balik rumah neh…..(tok aku selalu carikan kudapan untuk aku kalau dia ke kedai..dia tau cucunya memang minat kudap2 nie..especially keropok lekor)

p/s : rindu kamu Jengka…terutamanya Nasi Kerabu kat pasar malam Pusat Bandar Jengka…aduh..meleleh air liur….bila la
nak g sana lagi….

TAG dari cik CT

First time di tag nie...by cik ct yg cute itu...thanks dear...

RULES: it's harder than it looks..copy to your own notes..erase my answer..enter yours and tag twenty (20) people..use the first letter of your name to answer each of the following questions..they have to be real..nothing made up..if the person before you had the same first initial, you must use different answer..you cannot use any words twice.&.you can't use ur name for the boy / girl name question.
Aku try jawab soklan ni sebaik mungkin, mula2 tu cem berat sket...tapi lama2 fikir tu...senang je...hehehe..(bkn berlagak tau)...ok dik Ct...best tak jawa
pan kat bawah nie....
What is your name : Baizura
A four letter word : Busy
A boy's name : Baby Bucuk
A girl's name : Badrisya (always appear in my life)
An occupation : Buy screw, washer, label and bla3…
A colour : Black
Something ur wear : Belt for my big jeans
A food : Black pepper chicken chop
Something found in the bathroom : Body scrub
A place : Bedroom
A reason to being late : Bus driver drive too slow
Something u shout : Be the best Mom in the World!!!
A movie title : Batman Begins
Something u drink : Bicarbonat
A musical group : Backstreet Boy
An animal : Bear
A street name : Bendahara Street
A type of car : BMW
ok..nak tag nie pada sesapa saja yg rajin jawab tag, boleh tak..sila ambil..
kalau tak pernah buat lagi tu buat la ye...

Sunday, June 6, 2010

Pacat VS Katak

2, 3 hari nie hujan dah menampakkan diri…dari malam semalam sampai pagi tadi hujan…petang ok sikit…tak hujan, cuma mendung ja…bila musim hujan macam nie segala jenis binatang muncul, binatang yang boleh membuatkan tahap kegelian aku meningkat naik mengalahkan speed broadband aku yang boleh tahan lembabnya…yg paling famous sekali tentulah pak cik PACAT….aduh seram aku tengok pacat nie….meliuk lintuk mengalahkan lalang ditiup angin…bila mengingatkan tentang pacat nie, mesti aku terlompat2 kalau nak keluar rumah…maklumlah depan rumah aku dipenuhi dengan kehijauan rumput yang tumbuh dengan subur sekali tanpa memerlukan sebarang baja tambahan….hari nie saja dah 2 ekor pacat kekenyangan, mangsanya ialah en abg aku and tok aku, tok aku nie memang aktiviti dia melawat kawasan rumah coz hobi dia bercucuk tanam…so potensi dia berjumpa dengan pacat nie adalah pada tahap yg paling tinggi…tapi ok la dia dah immune..tapi kalau aku…mau menjerit satu rumah….

Malam hari aku ditemani oleh suara abg katak yang sedang berusaha dengan giat memperbaiki
mutu nyanyian, mungkin nak try jadi protégé untuk Mentor musim akan datang…macam satu kemestian, kalau hujan berhenti mesti katak pula yang akan ambil tempat memeriahkan suasana malam yang hening…macam satu pelengkap…bagi aku, aku boleh ja layan suara katak nie…cam best plak dengar..tapi tok aku tak boleh tidur kalau dengar bunyi katak nie, dia kata bising……lain orang lain penerimaan kan…aku pun tak suka bunyi bising tapi anggaplah bunyi katak nie sebahagian dari alam semulajadi…mesti tidur lena punya, diulit oleh band katak nie…hehehe…yes..katak dah bunyi..tiba2 rasa mengantuk pulak………….zzzz….



p/s : Irfan dah lama diulit mimpi..tak hiraukan pun bunyi katak nie...walaupun sebenarnya dia sensitif dengan bunyi...mungkin dia tau bunyi katak tu sebahagian dari alam semulajadi...heee...

Thursday, June 3, 2010

GIVE AWAY "CAYANG IBU"

GA dari blog emacupcakes lg...mmg rajin wat GA la kakak nie...


sapa nak join boleh la..syarat dia mudah ja....kena letak pic...cem kat bawah nie..
gambar nie diambil sebelum keluar rumah....nak p jalan2 waktu petang...

Kena tag jugak nie...tak ramai kawan la...tapi nak tag jugak..kalau rajin join la ye..

hanakira

cik siti

Badarsila

cahayachenta

najhahnajmie

Harap2 kali nie bertuah la...k..

~~SAYANG IMANINA~~



Wednesday, June 2, 2010

You are my Hero

Tengah jalan2 time balik keja ptg td….
Ada abg kt blakang aku tu…jln ngan geng2 Nepal…

“cntik tak adik depan nie?” abg tu bertanya pada budak Nepal tu…sbenarnya bkn budak, pak budak dh…huhu…
Geng Nepal tu senyum2 ja…
“Abg dia keja
Soldier oo….” Sambung abg tu lg…
Diaorang senyum2 lg…
Aku just pusing, senyum and blah….tak tau nak jawab apa….

Dlm hati aku…eh napa abg tu gtau geng Nepal tu cemtu…..
Adakah aku patut marah or rasa bangga coz en abg aku soldier……
Tak pun abg tu teringin nak jadi soldier….tapi tak dapat..huhu..

Sebenarnya aku tak berapa tau sgt n tak pernah ambik tau pun sal army nie….tak minat pun sebenarnya….(teringat budak 1 batch ngan aku time Dip dulu, pompuan tapi gila betul dgn army nie..tak dapat masuk army, dapat boyfriend army pun jadi la…..)
Aku pulak kebetulan ja kawin ngan army nie…..sebenarnya aku tak kisah pun dia kerja apa…dulu masa mula2 kenal dia selalu ingatkan aku, kalau nak kawin dengan dia kena faham kerja dia…tak tentu masa….kadang2 kena bertugas dalam hutan 2,3 bulan…..cem sepupu aku, sian wife dia, baru ja balik dari hutan tak sampai sebulan dok kat rumah kena p pulak 3 bulan lagi….nasib2…
Aku pulak takat aku kawin nie tak pernah lagi la en abg aku kena masuk hutan 2,3 bulan…takat sehari tu ada la….tu pun boleh gak keluar beli barang, dia special sket sebab dia driver…..kalau takat 2,3 hari tu aku tak kisah sangat coz kami pun dok berjauhan…tapi kalau 2,3 bulan mau meroyan jugak aku, tambah2 kalau tak boleh contact langsung……


Tapi dlm diam aku rasa bangga gak coz dia dapat jadi army…dia pernah cerita kat aku..army nie memang cita2 dia sejak zaman sekolah lagi…kalau cikgu tanya nak kerja apa mesti dia jawab
“ tentera cikgu”…dan sekarang cita2 dia tercapai….

Mcm2 rintangan yg dia hadapi sebelum cita2 dia tercapai….sebelum p interview utk pemilihan..sanggup jogging tiap2 pagi dari Paya Saga sampai la Kilang Kechil (sapa org Pendang tau la)…..time rekrut lari naik turun tangga, biasa la rushing..pernah jatuh tangga time lari turun tu…sakit dia kata tapi tetap lari jugak, tak boleh ngaku sakit kalau tak kena buang…sekarang dah 5 tahun berlalu, lutut dia yg dulu time jatuh tu sakit kembali…sampai terngaduh, berguling2 sakit…aku teman dia p ngurut dah ok sket sekarang nie…..sebenarnya banyak lagi yg dia cerita kat aku…tapi biarlah jadi kenangan dia saja….Cuma dia selalu bagitau aku sesapa nak masuk army nie kena kuat mental dan fizikal….luka sket2 tu dah jadi lumrah…
Aku salute dia, walaupun badan dia kecil tapi dia kuat hadapi semua tu……..
Sayang abg….you are my hero………….