.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, July 15, 2010

Untuk si Suami...




Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.
Aku baca nie kat Metro hari nie...


· Perjumpaan yang manis
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

· Ucapkan perkataan yang baik
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik.
Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

· Bersahabat dan santai
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.

· Permainan dan selingan
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.

· Membantunya dalam tugas rumah tangga
Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

· Musyawarah
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pendapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

· Perkara yang harus dilakukan apabila merancang perjalanan jauh
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu mendoakan anda ketika tidak bersamanya.

· Bijak merancang kewangan keluarga
Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

· Bantulah dia supaya taat kepada Allah
Salah satu tanggungjawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.

· Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya
Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.


Aku sangat-sangat suka kalau en Khairuldin layan aku macam yang kat atas tu….rasa bahagia ja…tapi biasa la lelaki, ada part yang dia boleh buat, ada yang payah nak buat…susah nak cari yang sempurna, termasuk la aku, tak berapa nak sempurna lagik..masih memperbaiki diri kearah yang lebih baik..he3..mengaku tu…

apa-apa pun, yang nie paling best...





p/s : ngah fikir nak beli apa untuk birtdhday Irfan nanti, first time nak buat birthday party nie...korang percaya tak??



2 comments:

Cikgu Yang said...

Salam!! Terima kasih kongsi maklumatnya...w/pun dah berkahwin lebih lebih 30tahun masih ada kekurangan di sana-sini, tapi kami terima seadanya... Alhamdulillah.

azzey said...

Sunshine: gud info......