.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 24, 2010

Lirik Lagu - P Ramlee..

Itulah Sayang...

Tanya pada pokok apa sebab goyang
nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
nanti jawab langit tanyalah awan

awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair
tengok dalam air nampak bayang-bayang
campak satu batu batu pun hilang

Tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya Nampak dipandang
kumbang rayu bunga bulan dan bintang nya
punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang

Itulah sayang….


layan jer..teringat dulu2..suka nyanyi lagu nie..tapi tau sekerat ja..
pastu tunggang langgang tak tau lirik..hari nie baru terjumpa lagu nie..

Thursday, February 18, 2010

The Largest Flower in The World..

Ada sapa2 pernah jumpa bunga sebesar ni tak?






Wednesday, February 10, 2010

Dinner's Pic

Akhirnya boleh juga aku upload gambar dinner kat sini...
Lets check...


With Bk dan Kak Ana..

Miss Lee

Kak Amy n Careyn...






Nie la bos aku...



Kak Zah, Kak Natie, Kak Ina n Kak Ah...

Tak dapat Grand Prize for Lucky Draw pun..

semangat aku tunggu..haha...

Juz dapat coffee maker untuk table's Lucky Draw, n best dress prize..

Cuba lagi tahun depan..

Thursday, February 4, 2010

Irfan Sekarang

sejuk hati tengok Irfan senyum..

me and Irfan

ayah, irfan and me



Dah makin besar anak ibu nie..



Wednesday, February 3, 2010

Ikhlas dan Jujur dlm pekerjaan...

Ikhlas dan jujur dlm pekerjaan....


Memberi Menambah Kelebihan Diri
January 1st, 2010 Abu Saif



"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara" kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
"Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu" ujar si majikan.
"Apakah permintaan itu?" tanya si tukang kayu.
"Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya" kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
"Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!" hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
"Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan" kata si tukang kayu.
"Simpanlah kunci itu!" jawab si majikan.
"Kenapa tuan?" si tukang kayu kebingungan.
"Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini" kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
"Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!" hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
"Buat baik berpada-pada!" tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, "asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!"
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." [Al-Israa' 17: 7]