Itulah Sayang...
Tanya pada pokok apa sebab goyang
nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
nanti jawab langit tanyalah awan
awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk aku pun cair
tengok dalam air nampak bayang-bayang
campak satu batu batu pun hilang
Tanya sama hati apa asal sayang
adakah tandanya Nampak dipandang
kumbang rayu bunga bulan dan bintang nya
punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang
jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang
Itulah sayang….
layan jer..teringat dulu2..suka nyanyi lagu nie..tapi tau sekerat ja..
pastu tunggang langgang tak tau lirik..hari nie baru terjumpa lagu nie..
Wednesday, February 24, 2010
Thursday, February 18, 2010
The Largest Flower in The World..
Ada sapa2 pernah jumpa bunga sebesar ni tak?

Labels:
Sumthing to Share
Wednesday, February 10, 2010
Dinner's Pic
Akhirnya boleh juga aku upload gambar dinner kat sini...
Lets check...
With Bk dan Kak Ana..
Miss Lee
Kak Amy n Careyn...
Nie la bos aku...
Kak Zah, Kak Natie, Kak Ina n Kak Ah...
Tak dapat Grand Prize for Lucky Draw pun..
semangat aku tunggu..haha...
Juz dapat coffee maker untuk table's Lucky Draw, n best dress prize..
Cuba lagi tahun depan..
Labels:
Makan2
Thursday, February 4, 2010
Wednesday, February 3, 2010
Ikhlas dan Jujur dlm pekerjaan...
Ikhlas dan jujur dlm pekerjaan....
Memberi Menambah Kelebihan Diri
January 1st, 2010 Abu Saif
"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara" kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
"Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu" ujar si majikan.
"Apakah permintaan itu?" tanya si tukang kayu.
"Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya" kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
"Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!" hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
"Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan" kata si tukang kayu.
"Simpanlah kunci itu!" jawab si majikan.
"Kenapa tuan?" si tukang kayu kebingungan.
"Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini" kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
"Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!" hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
"Buat baik berpada-pada!" tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, "asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!"
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." [Al-Israa' 17: 7]

Wednesday, January 27, 2010
TEnangkan FIKIRan...Mantapkan Iman..
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?"
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?"
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?"
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
nampaknya aku kena muhasabah diri aku kerana kegagalan yang aku alami...
mungkin ada rahmat disebalik semua yang berlaku....

Thursday, January 21, 2010
3 Cahaya Di Hari Kiamat
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.."
Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhirhayat ,Insya'Allah
AZAN
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..Amin.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."
Labels:
Sumthing to Share