.:Our Love:.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:Permata Keluarga:.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 9, 2011

Friday, April 22, 2011

7 bulan dah...

Dah 7 bulan lebih kot usia baby dlm perot ni..tp nampak tak mcm 7 bulan pun, kalau org tgk mesti tak perasan ak pregnant..sampaikn misi tu 2,3 kali check buku merah ak takot silap.tp mmg btl pun sbb ak dh scan tgk..due date scan sama ngan date misi tu kira manual..tp puas jgk la ak kena ragging ngan misi tu sampai 3 hari berturut-turut kena ulang alik p klinik..huhu..ni sebab buat kad merah lambat la..ye la,igtkan tak da isi la dlm perut ni..sekali baby gerak baru la panik...sebenarnya ak xrancang pun nk ank lg dlm msa tdekat ni..
En Khairul tu ja y excited lbh, lg2 kalau dpt baby girl..

p/s: lain kali mls la lg buat urine test..

Thursday, March 31, 2011

Tok!tok!gedebush#¿...I'm coming..

Wow..dh lama rasanya ak tak update blog ni.nak dekat setahun rasanya..haha..thanks buat yg sudi melawat blog ni walaupun pemiliknya dh tak aktif mcm dulu...
Happy news buat semua peminat setia blog ni..huhu..blog ni ada peminat ke?+-/=berdebar-debar tunggu org baru dlm family en Khairuldin...yg bestnya date yg djangka sama pulak dgn last post ak kat sini..sapa blh teka?angkat tangan...hehe..

Friday, July 16, 2010

Kerja vs Blogwalking






Hari nie pening....
Banyak PO nak kena release...
Open PO pun berderet nak kena check...
PO Past Due berlambak nak kena follow up....
PO bertimbun-timbun nak kena filling...
So, maknanya kerja aku memang banyak la hari nie...















































Tapi...
tetap curi-curi masa untuk blog yang terchenta...ngeh3.....




mission utama hari nie harus dilaksanakan







p/s : sunyi je blog aku minggu ni......aku rasa aku dah jelajah seluruh alam maya nie...tapi tetap orang tak sudi nak datang rumah kesayangan aku neh..tak pa, as a new blogger, kita tak boleh cepat berputus asa...kan2???




Thursday, July 15, 2010

Untuk si Suami...




Berikut antara pesanan buat suami untuk membahagiakan isteri seterusnya mengukuhkan ikatan rumah tangga.
Aku baca nie kat Metro hari nie...


· Perjumpaan yang manis
Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

· Ucapkan perkataan yang baik
Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik.
Usah lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

· Bersahabat dan santai
Usah melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah ber samanya.

· Permainan dan selingan
Senda gurau tentunya menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan selain beriadah di luar bersama.

· Membantunya dalam tugas rumah tangga
Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

· Musyawarah
Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Oleh itu, anda harus mempelajari dan mendengar pendapatnya. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

· Perkara yang harus dilakukan apabila merancang perjalanan jauh
Apabila bertugas di luar daerah dan terpaksa meninggalkan anak isteri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Ucapkan selamat tinggal yang mesra kepada anggota keluarga terutama isteri. Ucapkan juga nasihat yang baik sebelum bertolak, berdoa dan meminta isteri selalu mendoakan anda ketika tidak bersamanya.

· Bijak merancang kewangan keluarga
Sebagai suami, hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan anda.

· Bantulah dia supaya taat kepada Allah
Salah satu tanggungjawab sebagai suami adalah membantu isteri dalam mentaati dan mencari keredaan Allah.

· Tegur perbuatan isteri dan maafkan dirinya
Setiap insan melakukan kesalahan justeru, jangan menjadi pendendam. Usah juga mengungkit kesalahannya yang kecil dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.


Aku sangat-sangat suka kalau en Khairuldin layan aku macam yang kat atas tu….rasa bahagia ja…tapi biasa la lelaki, ada part yang dia boleh buat, ada yang payah nak buat…susah nak cari yang sempurna, termasuk la aku, tak berapa nak sempurna lagik..masih memperbaiki diri kearah yang lebih baik..he3..mengaku tu…

apa-apa pun, yang nie paling best...





p/s : ngah fikir nak beli apa untuk birtdhday Irfan nanti, first time nak buat birthday party nie...korang percaya tak??



Aku dah luahkan isi hati aku...




Semalam….
Aku dah luahkan isi hati aku…
Rasa puas….

Tapi…
Sampai sekarang masih tak tiada balasan…
Mungkin dia masih berfikir…
Aku masih menunggu hingga ke pagi, saat ini….

Last sekali, aku mengalah….
Try call dia….
Dia cakap biasa ja…
Macam tak ada apa-apa yang berlaku…

Nampaknya….
Kata-kata aku langsung tak memberi kesan pada dia….
Ala…macam la tak faham dia….
Hati dia memang keras, takkan mudah cair….

Walaupun kali ni aku tak berjaya, aku tetap lega….
Rasa semua beban aku hilang…
Aku hanya mau dia tahu….
Orang lain tak tahu, aku tak kisah….

Akhirnya..cukup dah setahun...

Saat mengandungkan Irfan, saat yang paling bahagia...kenangan yang paling manis dalam hidup kami..






Saat yang dinantikan, kelahiran Irfan membawa sinar buat kami, menjadi ayah dan ibu buat Irfan sangat membahgiakan...Irfan tak banyak kerenah, senang nak jaga Irfan...tiap-tiap malam tido lena ja...tak payah bersengkang mata kecuali time dia demam...






Sekarang Irfan dah besar, dah umur 1 tahun pun, semoga Irfan jadi anak yang soleh, menjadi kebanggaan ibu dan ayah....dan sentiasa menyerikan hidup ibu dan ayah...jangan nakal-nakal tau...ibu dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Irfan sayang..














p/s : maaf, ibu tak pandai langsung edit gambar Irfan...sebijik-sebijik ibu copy dari handset ibu...